PEMBERITAHUAN
1. Guru Bertugas Mingguan 28 - 30 OGOS dan 1 SEPTEMBER 2016 ialah
a. Pn. Suriawati
b. Pn. Khairun Iznina
c. Pn. Balkis Mohamed


2. 31 Ogos Cuti Kemerdekaan


3.


4.


HARAP MAKLUM

SOLAT HAJAT

Dewan Warisan SK Perempuan Bandar 25 Ogos 2016 - Seramai lebih kurang 100 orang telah hadir bagi menunaikan program solat hajat peringkat sekolah. Program bermula seusai azan Maghrib dengan para tetamu dan jemputan berkumpul pada pukul 6.30 petang. Antara jemputan yang hadir ke program ini adalah ibubapa pelajar-pelajar tahun 6. Terdapat juga ibubapa pelajar dari kalangan bukan tahun 6 yang turut hadir bagi memeriahkan program. Antara pengisian program ialah solat maghrib, bacaan yassin, solat isyhak dan ucapan wakil guru besar iaitu En. Sazeli b. Siman ( GPK 1). Program berakhir pada pukul 10 malam setelah selesai jamuan makan.

Teruskan Membaca......

KEM JATI DIRI

18 OGOS 2016  Pusat Latihan Khidmat Negara(PLKN) Padang Hijau Kluang - Seramai 55 orang pelajar dan 6 orang guru telah terlibat dalam menjayakan program jati diri di sini pada hari ini. Pelajar- pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar tahun 3, 4 dan 5. Program berlangsung selama 2 hari 1 malam. Seramai 6 orang guru telah bersama-sama pelajar bermalam di kem ini iaitu En. Zahrine Mohd Said, En. Zaki Kailane , En. Zahiri Mohamad, Pn. Balkis Mohammed, Pn. Rohani Che Cik, dan Pn. Samahiah Jufri. Seramai 20 orang jurulatih PLKN telah terlibat dalam menguruskan beberapa slot program di antaranya 'monkey bar', 'jungle tracking', 'swinging rope' 'come aboard' dan 'pipe weight'.

Acara penutup telah dirasmikan oleh Guru Besar, Pn. Norsiah binti Samsudin pada pukul 10.30 pagi 19 Ogos 2016. Beliau turut diiringi En. Sazeli b. Siman ( GPK1 ) dan Pn. Fatimatuzzahra bt. Roslan ( GPK KOKO). Kesemua pelajar bertolak pulang ke sekolah pada pukul 11.00 pagi dengan menaiki bas.

Teruskan Membaca......

SELAMAT DATANG

Pada hari ini sekolah amat bertuah kerana telah mendapat 2 orang Guru Penolong Kanan yang baharu iaitu Cikgu Sazeli Bin Siman dan Cikgu Fatimahtuzzahra Bniti Roslan. Cikgu Sazeli akan menjawat jawatan GPK1 menggantikan Cikgu Kalsom Binti Baba yang telah bersara. Manakala cikgu Fatimahtuzzahra akan menjawat jawatan GPK KoKu menggantikan Cikgu Zaki Bin Kailane yang telah dinaikan pangkat sebagai GPK HEM di sekolah ini.

Cikgu Sazeli dahulunya menjalankan tugas di Sekolah Kebangsaan Bukit Tongkat sebagai GPK 1, ini bermakna pertukaran beliau ke sekolah ini adalah 'Pertukaran Setara' dengan menjawat jawatan yang sama. Bagi Cikgu Fatimahtuzzahra pula beliau dahulunya bertugas di Sekolah Kebangsaan (L) Bandar dan dinaikkan pangkat ke sekolah ini.

Dengan adanya kedua-dua guru ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi sekolah ke tahap yang lebih optimum. Selamat datang dan selamat bertugas kami ucapkan.

Teruskan Membaca......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

JALAN ESA, 86000

KLUANG, JOHOR DARUL TAQZIM
TEL: 07-7712552 FAX: 07-7712552


Blog ini adalah Hak Milik Terpelihara

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG. Segala penggunaan dan sumber telah

diubah suai mengikut kesesuaian pihak sekolah. Muat turun segala bahan

adalah tertakluk kepada risiko pengguna sendiri. Pihak sekolah tidak akan

bertanggung jawab ke atas kerosakan alatan pengguna web site ini...

~WEBMASTER~

  © Blogger template Simple n' Sweet To SK (P) BANDAR KLUANG 2010

Back to TOP