PEMBERITAHUAN
1. Guru Bertugas Mingguan 28 - 30 OGOS dan 1 SEPTEMBER 2016 ialah
a. Pn. Suriawati
b. Pn. Khairun Iznina
c. Pn. Balkis Mohamed


2. 31 Ogos Cuti Kemerdekaan


3.


4.


HARAP MAKLUM

TUAI PADI ANTARA MASAK


Dewan Warisan SKPB Khamis 11 Mac 2010 - Hari ini merupakan hari yang penuh terkesan kepada seluruh warga SKPB...perpindahan GPK-koku Pn. Kamisah binti Talib amat di sedihi. Setelah basah mencurahkan tenaga, keringat, idea dan jiwa raga selama 8 tahun di sekolah ini akhirnya dengan sisa-sisa langkah penuh longlai tapi bertenaga atas arahan dan momokkan penuh integriti dan dedikasi "Saya Yang Menurut Perintah"... beliau akan berpindah ke SK Kluang Barat.







Sepanjang 8 tahun di sekolah ini terlalu banyak jasa-jasa beliau untuk dipaparkan di sini. Umpama kalam yang belum kehabisan dakwat begitulah yang dapat di gambarkan jasa-jasa beliau. Mencakupi ruang lingkup pemikiran dan gagasan 'jiwa tahun 6' beliau sememangnya sinonim dengan mata pelajaran 'Bahasa Melayu'. Gandingan yang mantap berserta kehebatan dan ketangkasan guru-guru bahasa melayu di sekolah ini telah menjulang aspirasi sekolah, PPD dan JPNJ dengan pencapaian 100 % kelulusan semenjak beliau berada di sini. Begitu juga di perbatasan padang dan balapan... Di mana adanya program sukan di situ lah berdirinya beliau, bersama-sama guru menahan perit panahan matahari dan kuyupan baju akibat dari basahan hujan..Kami mendoakan agar beliau sentiasa sihat, cergas dan bahagia di samping keluarga tercinta. Hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik budimu Pn. Kamisah. Akhir kalam..bayangamu akan sentiasa beriringan dengan kami.




Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

JALAN ESA, 86000

KLUANG, JOHOR DARUL TAQZIM
TEL: 07-7712552 FAX: 07-7712552


Blog ini adalah Hak Milik Terpelihara

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG. Segala penggunaan dan sumber telah

diubah suai mengikut kesesuaian pihak sekolah. Muat turun segala bahan

adalah tertakluk kepada risiko pengguna sendiri. Pihak sekolah tidak akan

bertanggung jawab ke atas kerosakan alatan pengguna web site ini...

~WEBMASTER~

  © Blogger template Simple n' Sweet To SK (P) BANDAR KLUANG 2010

Back to TOP