PEMBERITAHUAN
1. Guru Bertugas Mingguan 28 - 30 OGOS dan 1 SEPTEMBER 2016 ialah
a. Pn. Suriawati
b. Pn. Khairun Iznina
c. Pn. Balkis Mohamed


2. 31 Ogos Cuti Kemerdekaan


3.


4.


HARAP MAKLUM

MAJLIS PERPISAHAN PN. MAZLIN ( GURU BESAR )


Dewan Terbuka SKPB 2 April 2010 - Majlis perpisahan Pn. Mazlin binti Hj. Idris, Guru Besar sekolah ini telah diadakan di sini pada hari ini. Majlis yang bermula kira-kira pukul 8.00 pagi sejurus selepas program rutin bacaan Yassin telah disertai oleh semua warga sekolah ini kecuali GPK 1 Pn. Rokiah binti Seruji kerana cuti sakit. Majlis dimulakan dengan nyanyian nasyhid, ucapan GPK Hem Pn. Kalsom binti Baba dan diikuti dengan amanat terakhir Pn. Mazlin binti Hj. Idris, sejurus itu semua guru serta pelajar bersalam-salamman dengan beliau. Dengan nada pilu dan terharu antara lain beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan segala kepercayaan dan kerjasama yang jitu sewaktu beliau memegang tampuk pentadbiran sekolah ini. Beliau dengan penuh rasa tawaduk dan rendah diri memohon dimaafkan segala kesalahan samada yang sedar atau tidak kepada semua. Pada guru khasnya tingkatkanlah lagi komitment pekerjaan dalam usaha memberikan pendidikan yang terbaik kepada anak didik dan kepada pelajar-pelajar, beliau mengharapkan agar sentiasa mendengar nasihat guru serta menjaga displin diri agar menjadi insan yang berguna dan berjaya pabila dewasa kelak.





Sejarah pentadbiran beliau di sekolah ini telah bermula pada tahun 2003 apabila bertukar dari SK Kluang Barat. Bermula sebagai GPK di SK Kg. Melayu kemudian bertukar di SK Paloh sebagai guru besar, kemudian ke SK Kluang Barat dan akhirnya ke sekolah ini. Di sepanjang pentadbiran beliau di sekolah ini, telah banyak perubahan telah dilakukan samada dari segi akademik mahupun ko-akademik. Antara lain telah menjulang nama sekolah ke peringkat kebangsaan apabila menjadi johan dalam pertandingan SPBT, johan PSS peringkat negeri Johor sebanyak 2 kali, johan landskap sekolah peringkat daerah dan banyak lagi kemenangan sekolah telah diraih sewaktu beliau menjadi guru besar sekolah ini. Secara peribadi penulis menggambarkan beliau adalah pemimpin berjiwa rakyat yang sanggup turun bukan sahaja ke padang malahan lumpur sekalipun untuk memastikan kebajikan guru-guru terpelihara. Beliau pernah barkata 'Yang Patah Akan Tumbuh' tetapi penulis menambah 'Yang Tumbuh Tak Akan Sama Dengan Yang Telah Patah'. Akhir kalam semoga beliau gembira di sekolah baru ( SK Sri Lalang )dan sentiasa di rahmati, di berkati oleh Allah S.W.T dan cemerlang selalu.


Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

JALAN ESA, 86000

KLUANG, JOHOR DARUL TAQZIM
TEL: 07-7712552 FAX: 07-7712552


Blog ini adalah Hak Milik Terpelihara

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG. Segala penggunaan dan sumber telah

diubah suai mengikut kesesuaian pihak sekolah. Muat turun segala bahan

adalah tertakluk kepada risiko pengguna sendiri. Pihak sekolah tidak akan

bertanggung jawab ke atas kerosakan alatan pengguna web site ini...

~WEBMASTER~

  © Blogger template Simple n' Sweet To SK (P) BANDAR KLUANG 2010

Back to TOP