PEMBERITAHUAN
1. Guru Bertugas Mingguan 28 - 30 OGOS dan 1 SEPTEMBER 2016 ialah
a. Pn. Suriawati
b. Pn. Khairun Iznina
c. Pn. Balkis Mohamed


2. 31 Ogos Cuti Kemerdekaan


3.


4.


HARAP MAKLUM

UPSR.. BERMULANYA SEBUAH PERJUANGAN


SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG 21 SEPTEMBER 2010 - Hari ini bermulanya sebuah episod perjuangan calon-calon UPSR sekolah ini. Setelah 6 tahun memerah segala kuderat pinjaman ilahi maka hari ini adalah penentu segala penat lelah itu. Tepat pukul 7.oo pagi semua guru bertugas dan calon-calon UPSR telah memasuki bilik Kemahiran Hidup (KH) bagi menikmati sarapan pagi yang telah disediakan hasil sumbangan Pn. Hjh. Jamaliah ( Naib Pegetua PIBG ). Sambil sarapan calon-calon juga telah diberikan taklimat dan nasihat terakhir oleh Pn. Hjh. Padilah, Pn. Hjh. Azizah Kamson serta Guru Besar sendiri bagi melengkapkan lagi persiapan perjuangan. Lebih kurang pukul 7.10 pagi wakil PPD En. Zainuddin yang merupakan bapa angkat kepada sekolah ini telah hadir dan turut berkongsi memberikan kata-kata semangat. 10 minit kemudian Tn. Hj. Shaharudin ( PPD ) sendiri telah hadir bagi melihat sendiri persiapan calon-calon UPSR sekolah ini. Alhamdulillah dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan PPD dan pegawainya yang sanggup bersusah payah 'turun bendang' bagi memastikan segala keperluan mencukupi dan berjalan dengan lancar. Terima kasih juga kepada semua guru, terutamanya guru-guru tahun 6 yang telah memberikan segala perhatian, segala ilmu, segala tenaga tanpa mengira masa dengan harapan calon-calon UPSR sekolah ini berjaya. Akhir kalam semoga segala jerih perih semua yang terlibat akan membuahkan hasil yang baik...aminnnn




CLICK SINI UNTUK LAGI GAMBAR

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

JALAN ESA, 86000

KLUANG, JOHOR DARUL TAQZIM
TEL: 07-7712552 FAX: 07-7712552


Blog ini adalah Hak Milik Terpelihara

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG. Segala penggunaan dan sumber telah

diubah suai mengikut kesesuaian pihak sekolah. Muat turun segala bahan

adalah tertakluk kepada risiko pengguna sendiri. Pihak sekolah tidak akan

bertanggung jawab ke atas kerosakan alatan pengguna web site ini...

~WEBMASTER~

  © Blogger template Simple n' Sweet To SK (P) BANDAR KLUANG 2010

Back to TOP