PEMBERITAHUAN
1. Guru Bertugas Mingguan 28 - 30 OGOS dan 1 SEPTEMBER 2016 ialah
a. Pn. Suriawati
b. Pn. Khairun Iznina
c. Pn. Balkis Mohamed


2. 31 Ogos Cuti Kemerdekaan


3.


4.


HARAP MAKLUM

KASPERSKY 6.0 WORKSTATION 2011 - Cara Installasi


28 Mac 2011 - Salam sejahtera dan terima kasih kepada semua pengunjung blog SK Perempuan Bandar Kluang. Rata-rata banyak sekolah di Kluang telah mendapat CD Anti Virus Kaspersky Workstation (KAV) minggu lepas, cara penghantaran menggunakan pos laju oleh pihak Telekom Malaysia menunjukkan kesungguhan mereka dalam memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan sempurna berbanding 'vendor' yang terdahulu. Kepada sekolah-sekolah yang belum mendapat CD tersebut dinasihatkan agar berhubung terus dengan pihak Telekom. Kegagalan dan kelewatan anda bertindak akan menyebabkan banyak komputer terdedah kepada serangan virus.

Dalam pada keghairahan mendapat dan menginstallasi KAV pada komputer sekolah terdapat beberapa kerumitan dan permasalahan yang timbul. Dengan itu pada hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan maklumat cara-cara installasi tersebut.







Di dalam CD KAV yang dibekalkan terdapat 3 folder utama KAV MP3, KAV MP4 dan OTHERS. Setiap folder utama mempunyai 2 folder lagi di dalamnya iaitu bagi KAV MP3 terdapat KAV file server 6.0.3.837 MP3 dan KAV workstation 6.0.3.837 MP3. Bagi KAV MP4 pula terdapat KAV file server 6.0.4.1424 MP4 dan KAV workstation 6.0.4.1424 MP4 manakala folder OTHERS mempunyai 4 folder di dalamnya. Tumpuan perbincangan akan ditumpukan kepada KAV MP3 dan KAV MP4 sahaja.

A. Installasi PC/Laptop Operating System(OS) win XP:-
1. Pastikan anda telah meng'upgrade' service pack 2 atau lebih tinggi.
2. Pilih KAV MP3 (win98 & win nt)--> KAV workstation 6.0.3.837 MP3
3. Pilih Installers KAV WKS MP3 --> Setup
4. Ikuti langkah sehingga selesai.

Permasalahan :-
1. Fatal error during installation. (error occured installing 'klif'. It's....bla..bla...bla.. )

Cara Mengatasi :-
1. Boot semula PC/Laptop dalam 'Safe Mode'
2. run -> regedit
3. cari fail nie HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\kl1 dan
HKEY_LOCAL_MACHINE\SYSTEM\CurrentControlSet\Services\KLIF
4. Delete fail kl1.sys dan klif.sys in %windir%\system32\drivers,
5. Reboot semula.

Permasalahan 2 :-
- Di dalam CD ada diterangkan Update source iaitu update for KAV 6.0 MP3. Tetapi fail berkenaan tidak ada sewaktu proses installasi. Anda memang betul, sememangnya tiada fail tersebut. Jadi anda tidak payah menyusahkan diri mencari.

Permasalahan 3 :-
- KAV MP3 tidak dapat Update pattern virus terkini. Senang kata KAV tidak boleh update. Caranya anda boleh download patch terkini di SINI.. Kemudian sila reinstall semula KAV anda.

Permasalahan 4:-
-Setelah berjaya membuat installasi PC/Laptop anda tersangat lah lambatnya sewaktu 'surf' internet. Ini adalah kerana KAV akan menganggu perjalanan Adobe Flash Player anda memandangkan PC/Laptop kita sudah di tahap 'vateran'. Dicadangkan anda me'down grade' flash player.

Bagi anda yang ingin menginstallasi KAV MP4 pada OS XP, tiada masalah kerana apa yang anda perlu buat adalah :-
1. Install dahulu network agent ( buka folder OTHERS ->Troubleshooting Tools ->Network Agent Manual Installer -> Manual KNA 8.0.2134 MP4 ->Manual Installer KNA MP4 -> setup dan JANGAN LUPA masukkan no IP kawasan anda sewaktu proses installasi (boleh didapati dalam folder Installation guides for Manual KNA 8.0.2134 MP4
2. Selamat Mencuba.

B. Installasi PC/Laptop Operating System(OS)VISTA / WIN 7:-
- sememangnya tiada masalah langsung. :)

Jadi kesimpulannya paling mudah install KAV MP4 :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG

JALAN ESA, 86000

KLUANG, JOHOR DARUL TAQZIM
TEL: 07-7712552 FAX: 07-7712552


Blog ini adalah Hak Milik Terpelihara

SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG. Segala penggunaan dan sumber telah

diubah suai mengikut kesesuaian pihak sekolah. Muat turun segala bahan

adalah tertakluk kepada risiko pengguna sendiri. Pihak sekolah tidak akan

bertanggung jawab ke atas kerosakan alatan pengguna web site ini...

~WEBMASTER~

  © Blogger template Simple n' Sweet To SK (P) BANDAR KLUANG 2010

Back to TOP