PROGRAM SELEPAS UPSR
SK Perempuan Bandar 11 Nov 2009, Lawatan Sambil Belajar dijalankan pada hari ini. Destinasi yang akan ditujui ialah Zen Xin Organic Farm dan Wet World Batu Pahat. Seramai 8 orang guru pengiring dan 44 orang pelajar tahun 6 sekolah ini telah terlibat dalam program ini.
Perjalanan bermula tepat pukul 8.30 pagi dan terus ke destinasi pertama Zen Xin Organic Farm. Terdapat bermacam-macam tumbuhan organik yang ditanam di sini seperti dragon fruit, kaktus, jambu batu dan anggur.
Perjalanan diteruskan pada pukul 11.00 pagi menuju ke Wet World tetapi tidak terpaksa singgah di Tasik Y Batu Pahat untuk makan tengahari kerana keengganan pihak Wet World membenarkan sebarang makanan dan minuman dibawa masuk ke sana. Setelah selesai kira-kira pukul 12.30 kami terus bertolak ke destinasi terakhir Wet World.