MESYUARAT PENGURUSAN 2011
BILIK MESYUARAT SKPB 27 DISEMBER 2010 - Mesyuarat Sekolah yang akan dijalankan selama 3 hari berturut-turut mulai hari ini telah dihadiri oleh semua guru sekolah ini. Dimulakan dengan mesyuarat Pengurusan Sekolah yang akan dibentangkan oleh Pn. Guru Besar ( Isnin ), Mesyuarat Kurikulum ( Selasa ) dan Mesyuarat HEM ( Rabu ). Manakala pada hari Khamis dan Jumaat akan dijalankan aktiviti mengutip yuran dan membeli buku. Syabas dan tahniah diberikan kepada guru-guru kerana telah mengorbankan cuti masing-masing demi menjamin kelancaran pentadbiran sekolah sekali gus memastikan persiapan awal persekolahan pelajar-pelajar berjalan dengan lancar.