MAJLIS PERLANTIKAN PENOLONG PUSTAKAWATI & ANTI DADAH
DEWAN TERBUKA SKPB 28 FEBRUARI 2011 - Dua majlis serentak telah dilaksanakan pada pagi ini iaitu Majlis Perlantikan Pustakawati dan Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah. Seramai lebih kurang 15 orang pelajar dari tahun 3 hingga 6 telah dilantik bagi menjawat jawatan pustakawati. Majlis yang diresmikan oleh Pn. Normala binti Shamsuddin ( Guru Besar ) itu sendiri, antara lain mengingatkan para pustakawati yang telah dilantik akan terus berkerja keras, memikul tanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas. Di samping itu bagi majlis minggu anti dadah peringkat sekolah, Pn. Normala juga telah menyentuh keburukan-keburukan akibat dari pengambilan dan penyalah gunaan dadah seperti ketagihan yang melampau dan akhirnya akan membawa kepada perbuatan yang akan menyalahi undang-undang seperti mencuri, merompak dan sebagainya.