SSQS LOGIN DAN KATA LALUAN
Sistem Pemantauan Penggunaan ICT Sekolah (SPPICTS) atau lebih dikenali dengan SSQS oleh warga Penyelaras ICT/Bestari Sekolah dan Juru Teknik Komputer telah hadir lagi. Mulai hari ini 25 Julai 2011 semua maklumat data bagi bahagian selatan telah boleh dikumpul dan dimuat naik. Bagi pengetahuan dan maklumat rakan-rakan yang terlibat dalam pengisian data SSQS ini, waktu yang diperuntukan bagi penggisian data bermula dari 25 Julai dan akan tamat pada 14 Ogos 2011. Walau pun tampak lama tapi sudah memadai dengan batas-batas masa serta kerja-kerja sampingan yang mendatang menjadikan ia terasa begitu cepat dan pendek. Sindrom 'keterlupaan' login dan password acap kali berlaku sewaktu proses login ke SSQS. Atas dasar ini maka 'thread' ini diwujudkan bagi membantu jika tidak banyak sedikit kepada rakan-rakan yang mempunyai masalah tersebut.
Bagi tujuan pengisian UMUM yang pada kebiasaannya Penyelaras ICT/Bestari bertanggung jawab, pada bahagian KOD ORGANISASI masukkan sahaja KOD SEKOLAH manakala KATA LALUAN adalah 123.
Manakala pengisian RESPONDEN pula bahagian KOD ORGANISASI perlu ditambah dengan huruf R contoh bagi sekolah saya JBA2022R dan kata laluan adalah sama iaitu 123. Semoga rakan-rakan semua tetap tabah dalam mengisi borang kaji selidik SSQS :)