SELAMAT BERCUTI
Di kesempatan ini pihak admin blog ingin mengucapkan Selamat Bercuti kepada semua pelajar sekolah ini dengan harapan agar cuti yang diberikan tidak disia-siakan dengan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Isilah masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang dapat memberikan manafaat kepada diri sendiri serta keluarga anda. Kepada guru-guru serta warga kerja sekolah yang akan bercuti di luar daerah atau negeri diucapkan berhati-hati ketika memandu dan ucapan teristimewa kepada Cikgu Amalina A'id yang akan melangsungkan majlis penikahan dan persandingan diucapkan Selamat Pengantin Baru dan Selamat Berhijrah ke sekolah baru. Sekian... Ma a'salamah wa ilal liqo' bertemu lagi kita pada tahun 2012 insyaAllah.