PEMANTAUAN WAKIL YTL SDN. BHD
SKPB 17.02.2012 - YTL COMMUNICATION SDN. BHD yang telah memenangi tender sebanyak RM1.5 billion bagi pemasangan jalur lebar ke sekolah seluruh negara telah menghantar seorang wakilnya ke sini pada hari ini. Pemasangan jalur lebar yang dijangka siap sepenuhnya pada penghujung 2012 ini lebih dikenali dengan nama 1Bestarinet. Projek ini telah menggantikan schoolnet broadband oleh TM Malaysia yang akan luput sebaik sahaja siap projek tersebut. Syarikat YTL yang diwakili oleh En. M. Khalid Khatob telah memberikan beberapa input berhubung dengan tatacara perlaksanaan projek tersebut. Wakil PPD En. Talib Jemu telah berkesempatan hadir bersama bagi memberikan lebih penjelasan berhubung projek 1Bestarinet kepada pihak sekolah walaupun pada waktu itu dimaklumkan beliau masih mempunyai program yang lain. Sekolah ini telah diwakili oleh En. Abaz Abdullah , En. Abd. Razak Hussin , Pn. Nadia Ibrahim dan En. Zahrine Mohd Said. Adalah diharapkan agar projek 1Bestarinet akan berjalan dengan lancar tanpa halangan.