MERENTAS DESA 2103
SK PEREMPUAN BANDAR 7 MEI 2013, Acara merentas desa peringkat sekolah telah diadakan di sini pada pagi tadi. Para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah ini telah mengambil bahagian iaitu bermula dari pra sekolah, pend. khas hinggalah ke pelajar tahun 6 telah mengambil bahagian. Peserta telah dilepaskan oleh Guru Besar Pn. Normala Shamsuddin dan GPK 1 Pn. Kaslom Baba tepat pukul 8.00 pagi. Sebelum itu guru-guru yang bertugas menjaga 'check point' telah bergerak ke tempat masing-masing untuk mengemudi pelajar supaya tidak tersasar ke laluan asing. Alhamdulillah tiada kemalangan atau sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sewaktu acara ini dijalankan. Keputusan akhir yang diterima, Rumah Biru telah menjadi Johan keseluruhan. Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Sekali lagi terima kasih cikgu.