GUNUNG LAMBAK
GUNUNG LAMBAK SABTU 23 OGOS 2014 - Bagi menguruskan 'stress' pelajar-pelajar tahun 6 dan sempena menyambut kemerdekaan Malaysia ke 57, program 'Pengurusan Stress Melalui Dakian Gunung Lambak' telah diadakan di sini pada hari ini. Seramai 36 orang pelajar tahun 6, 9 orang guru, 2 orang pegawai renjer hutan dan 6 orang anggota JPAM telah terlibat dalam pendakian ini. Pendakian bermula pada pukul 8.30 pagi setelah taklimat dan penerangan oleh guru-guru dan pegawai JPAM. Antara lain program ini diisi dengan sentuhan kerohanian oleh Ustaz Mohd Khir di beberapa 'station' perhentian sewaktu mendaki. Program ini amat penting bagi mendedahkan pelajar dengan semangat juang dan ketabahan yang tinggi untuk mencapai matlamat ke klimaks cita-cita terutama terhadap peperiksaan UPSR yang tidak berapa lama lagi akan muncul. Semoga program ini dapat memberikan impak yang positif kepada semua peserta dan semoga berjaya di dalam peperiksaan UPSR dengan keputusan yang cemerlang. Aamiin....