LANGKAH KE SEKOLAH
SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG 11 JANUARI 2015 - Hari pertama persekolahan memperlihatkan ramai ibubapa di kalangan pelajar telah hadir ke sekolah ini. Apa yang pastinya kebanyakan dari mereka adalah ibubapa pelajar tahun 1. Pelbagai ragam dan gelagat dapat dilihat pada pelajar-pelajar ini. Ada yang menangis, ada yang suka dan ada yang 'bermain' kejar-kejar dengan guru. Perhimpunan rasmi awal hari Ahad mungkin perkara bagi pelajar-pelajar ini. Pentadbir pengurusan tertinggi sekolah Pn. Norsiah binti Samsudin (Guru Besar) yang baru berpesan agar pelajar semua rajin belajar dan mengikut kata-kata guru dan ibu bapa.