MAJLIS SOLAT HAJAT DAN SAMBUTAN MAULID
Dewan Warisan SKPB 9 April 2010 (Jumaat) - Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di sini pada hari ini. Program dimulakan dengan selawat nabi, ucapan Guru Besar dan ceramah dari penceramah luar. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi ini telah berakhir dengan jayanya pada pukul 12.30 tengahari. Sebelumnya pada sebelah malam telah diadakan program Solat Hajat bagi calon-calon UPSR yang diimami oleh Tn. Hj. Maalom mantan SK Tunku Mahmood 2. Ucapan setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan kakitangan sekolah ini yang telah bersama-sama berganding bahu bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan cemerlang. Khususnya kepada 'BADANG-BADANG' SKPB yang telah kuyup memerah keringat, berlenguh tulang empat kerat, sanggup menahan pedih mata akibat panahan asap api membara dan bersengkang mata 25jam, bagi memastikan masakan dan hidangan siap tepat pada waktunya. Moga usaha ini diredhai dan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Nya...aminnnn