MSSZ BOLA TAMPAR
SJK (c) Chong Hwa 2, 21 April 2010 - Pertandingan Bola Tampar peringkat MSSZ telah berlangsung di sini pada hari ini. Pasukan sekolah yang di wakili seramai 12 pemain perempuan( 6 utama dan 6 simpanan ) telah membuktikan bahawa takhta JOHAN hanya milik sekolah ini yang telah di sandang selama lebih 5 tahun berturut-turut. Tahniah di kalungkan kepada semua pemain terutama kepada semua guru yang telah bermandi peluh memerah keringat iaitu cikgu Shamsiah, cikgu Rohani Nan, cikgu Siti Sarinah, cikgu Salihin yang bersama melatih pemain-pemain, cikgu Norliza Azrim (urusetia pertandingan), juga kepada Pn. Normah ( GPK-koku) yang turut bersama bagi memberikan sokongan moral dan memastikan pertandingan berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi....