CYBERGAMES 2010 - SKPB JOHAN NEGERI
Persada Johor, Johor Baharu 22 Jun 2010 - Malaysian cybergames Fest 2010 anjuran GLC Malaysia iaitu Cyberview Sdn. Bhd. dan Malaysia National ICT Initiative ( MSC )dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan AMD telah diadakan di sini pada hari ini. Rombongan peserta pelajar-pelajar dari Kluang berserta guru pengiring-guru pengiring seramai lebih 40 orang telah bertolak seawal pukul 7.30 pagi. Sekolah ini telah menghantar 8 orang peserta berserta 2 orang guru pengiring Pn. Norkhanani Mohd Zohdi dan En. Zahrine Mohd Said.Pertandingan yang bermula tepat pada pukul 9.00 pagi, telah disertai seramai 160 orang peserta (pelajar) dari seluruh Negeri Johor.
Terdapat 3 kategori cybergames yang dipertandingkan iaitu blander games, sharp shooter dan let's count. Markah ketiga-tiga permainan akan dicampur bagi mendapatkan pemenang keseluruhan. Sekolah ini telah di umumkan sebagai Johan Keseluruhan Peringkat Negeri dan akan mewakili Negeri Johor pada pertandingan Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur pada bulan September akan datang. Sebaik sahaja keputusan diumumkan para peserta dan guru sekolah ini telah dikerumuni oleh pihak akhbar seperti Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star, Sinaran dan sebagainya bagi bertanyakan tentang kejayaan yang telah dicapai. Tahniah diucapkan kepada para peserta sekolah ini terutama kepada guru-guru yang telah berhempas pulas mengerah keringat mengorbankan masa cuti mereka demi melatih para peserta sekolah ini...maka inilah hasilnya...tahniah....