KEM JATI DIRI TAHUN 6
Dewan warisan SKPB 22 MEI 2010 - Pendaftaran pelajar / peserta kem jati diri 2010 sekolah ini telah diadakan di sini pada pagi ini. Pendaftaran yang bermula seawal pukul 7.30 pagi mensasarkan kumpulan pelajar tahun 6 dan pelajar tahun 5 sekolah ini. Program yang diadakan selama 2 hari 1 malam ini di jangka akan di tutup rasmi oleh YDP PIBG En. Zulkifli bin Harun pada 23 Mei 2010 iaitu keesokkan harinya. Beberapa program telah direncanakan demi memberikan pengisian yang padat. Program kem jati diri pada kali ini telah memdapatkan tenaga kerja dan fasilitator dari Kelab Islam Remaja Malaysia. Seramai 10 orang fasilitator telah bersama-sama pelajar / peserta kem di sepanjang program ini berlangsung.