PROGRAM JOM 5 A DAN JOM 5 C
Dewan Warisan, SK (P) Bandar Sabtu 3 Julai 2010 - Sekali lagi sekolah ini telah dijadikan pusat kecemerlangan dan kegemilangan ilmu apabila telah diberikan mandat serta kepercayaan menjadi 'ibu sawat' atau pusat bagi program di atas. Sebanyak 5 buah sekolah telah mengambil bahagian iaitu SK (L) Bandar, SK Tunku Mahmood 2, SK Seri Lalang, SK LKTP Ayer Hitam dan sekolah ini dengan lebih 50 orang pelajar. Program yang akan mengambil masa sebanyak 4 kali iaitu setiap hari Jumaat dan Sabtu akan mengambil mata pelajaran teras sebagai paksi kekuatan dalam mencapai sasaran kecemerlangan pelajar. Buat permulaan minggu ini mata pelajaran B. Melayu dan B. Inggeris mendahului dan akan diikuti dengan Matematik dan Sains. Kali ini Pn. Padilah Shahran, guru media merangkap guru bahasa melayu sekolah ini telah diberi kepercayaan dan ketanggung jawaban demi mendidik dan memberikan input kepada pelajar-pelajar agar keputusan yang dicapai boleh melonjak ke tahap impak maksima...insyaalah..sama-sama kita berdoa...