PEMANTAUAN MAKMAL KOMPUTER
MAKMAL KOMPUTER SK (P) BANDAR, Isnin 5 Julai 2010 - Pemantauan makmal komputer peringkat daerah Kluang telah dilakukan di sini pada hari ini. Sekolah ini amat bertuah apabila wakil PPD Kluang dari unit ICT En. Talib Jemu sendiri telah turun 'padang' bagi melaksanakannya. Hadir tepat pada pukul 8.30 pagi tadi, beberapa pemantauan mengikut krateria telah dilakukan. Turut serta bagi melicinkan proses pemantauan tersebut ialah En. Zahrine Mohd. Said (Penyelaras Bestari), Cik Nor Ain ( Fasilitator)dan Cik Nadia (Juru Teknik ). Semoga dari beberapa dapatan penting hasil dari pantauan tersebut dapat menjadikan makmal komputer ini lebih menarik dan bermakan kepada guru-guru dan kakitangan amnya dan pelajar-pelajar khususnya.