SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
DEWAN TERBUKA SKPB 17 OGOS 2010 - Sambutan bulan kemerdekaan kali ke 53 2010 telah diadakan di sini pada pagi ini. Sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Safizan dan disusuli dengan ucapan oleh Pn. Normala Shamsudin ( Guru Besar ). Beberapa amanat berharga telah dilontarkan dalam ucapan guru besar antaranya keuntungan anak-anak masa kini yang lahir selepas merdeka. Berbanding dengan zaman sebelum merdeka rata-rata masyarakat menderita terutama sewaktu penjajahan Jepun di negara ini. Terlalu banyak kesengsaraan yang dialami oleh rakyat dan terlalu banyak memori duka yang telah tercipta. Oleh itu semua pelajar diseru agar sentiasa mengingati dan menyambut hari kemerdekaan setiap 31 Ogos tiap-tiap tahun bagi memperingati tokoh-tokoh perjuang yang telah sanggup menggadai jiwa dan raga demi mencapai kemerdekaan. Agar tema kemerdekaan pada tahun ini 'Satu Malaysia Menjana Transformasi' menjadi agenda penting dalam titik tolak perjuangan masa hadapan. Selamat menyambut hari kemerdekaan.