PROGRAM KHATAM AL-QURAN
DEWAN WARISAN SKPB 3 SEPTEMBER 2010 - Seluruh warga sekolah telah berkumpul di sini pada pagi ini bagi merealisasikan program Khatam Al-Quran peringkat sekolah. Program telah dimulai dengan rutin hari Jumaat iaitu bacaan Yassin bersama-sama, bacaan tahlil dan kemudiannya khatam al-quran yang dibacakan oleh pelajar-pelajar tahun 6 yang telah dipilh secara bergilir. Bagi mengawasi bacaan dan tajwid Ustazah Sapinah, Ustazah Faezah dan Hjh. Azizah Kamson telah bersama-sama mendengar dan mengawasi pembacaan pelajar-pelajar. Sisipan program ini juga, telah diadakan penyampaian bantuan berupa pakaian hari raya dan duit raya oleh Tenaga Nasional Berhad kepada pelajar anak yatim yang disampaikan oleh wakilnya. Guru-guru juga tidak terkecuali dengan menyampaikan sumbangan perbadi kepada pelajar anak-anak yatim. Bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara guru-guru dan pelajar yang merupakan acara kemuncak telah mengakhiri program ini pada hari ini. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Aidul Fitri kepada semua pengunjung blog ini, warga sekolah, pelajar-pelajar serta rakan-rakan guru yang menyambutnya...minal aidil wa fa izin.