SOLAT HAJAT UPSR 2010
DEWAN WARISAN SKPB 8 OGOS 2010 - Majlis solat hajat UPSR 2010 telah diadakan di sini pada malam tadi. Majlis anjuran panitia Agama Islam ini, telah mengundang lebih 30 orang ibu bapa penjaga hadir ke sekolah. Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yassin, solat Isyak berjemaah dan disusuli dengan solat hajat 4 raka'at. Seperti kebiasaan imam yang dijemput bagi mengimami solat hajat pada kali ini ialah mantan guru besar SKTM (2) Tn. Hj. Mohamad Malom Bin Mardi. Majlis berakhir lebih kurang pada pukul 11 malam selepas jamuan makan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan staf yang turut hadir dan berhempas pulas memerah keringat bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar walaupun pada hujung minggu. Terima kasih semua.