SUMBANGAN ANAK YATIM OLEH TN BERHAD
BILIK MUZIK SKPB 6 OGOS 2010 - Seramai 13 orang pelajar anak yatim sekolah ini telah mendapat sumbangan sebanyak RM 50.00 oleh pihak GLC kerajaan iaitu Tenaga Nasional Berhad. Hadiah sumbangan yang berupa simpanan tabungan di Tabung Haji Malaysia telah disampaikan sendiri oleh En. Azrin selaku Pengurus Eksektif Daerah Kluang. Seramai 10 orang pegawai-pegawai TNB Turut serta mengiringi beliau dalam majlis ini. Pn. Kalsom binti Baba GPK HEM telah mewakili Pn. Normala Shamsudin yang tidak dapat hadir, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak TNB yang telah bermurah hati menghulurkan sumbangan. Semoga dengan sumbangan dan bantuan seperti ini dapat memberikan manfaat kepada mereka yang memerlukan.