HARI TERBUKA SKPB
SK (P) BANDAR KLUANG, KHAMIS 8 JULAI 2010 - Hari Terbuka peringkat sekolah telah diadakan di sini pada hari ini. Seawal pukul 7.30 pagi tadi telah ada beberapa orang ibu bapa dan penjaga yang telah hadir ke sekolah untuk berbincang dengan guru kelas-guru kelas mengenai percapaian anak-anak mereka di sekolah ini. Alhamdulillah semoga dengan kehadiran ibu bapa penjaga yang amat menggalakan ini akan meniupkan lagi semangat para guru untuk terus menaburkan bakti dan ilmu kepada anak-anak murid. Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru sekolah ini tidak kira samada guru kelas atau tidak kerana komitment yang telah ditunjukkan memberikan impak yang sungguh positif kepada kemajuan sekolah terutama program ini pada hari ini. Semoga limpahan kasih sayang dan keperihatinan kita kepada anak-anak didik mendapat keredaan dan balasan baik dari Yang Maha Esa...