MESYUARAT AUDIT AKADEMIK BERSAMA PPD
DEWAN MESYUARAT SK(P)BANDAR KLUANG, 12 Julai 2010 - Audit akademik bersama Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kluang ( PPD ) Tn. Hj. Shaharuddin Sharif telah diadakan di sini pada petang ini. Turut serta hadir bersama tuan PPD ialah, Cik Kartini dan Pn. Hamidah Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kluang ( PPPD ). Mesyuarat yang bermula pada pukul 2.00 petang tadi telah berakhir lebih kurang pukul 4.30 petang. Semua guru telah menunjukkan komitment yang tinggi apabila semua seawal 1.30 petang telah hadir ke bilik mesyuarat. Audit akademik telah di bentangkan oleh Puan Normala Shamsuddin ( guru besar ) dan di bantu oleh Pn. Azizah Kamson selaku setiausaha peperiksaan.
Beberapa teguran yang membina telah dilotarkan kepada pihak sekolah oleh tuan PPD demi memastikan pencapaian sekolah terus cemerlang. Semoga segala usaha yang dilakukan ini akan membuahkan hasil yang baik lagi gemilang demi sekolah yang bertuah in..tahniah kepada semua guru-guru dan warga sekolah.