MAJLIS PERSARAAN PN. HJH. ROKIAH SERUJI ( GPK 1 )
SK PEREMPUAN BANDAR KLUANG 30 JULAI 2010 - Majlis persaraan GPK 1 Pn. Hjh. Rokiah binti Seruji telah diadakan di sini pada hari ini. Setelah mencurahkan bakti kepada anak bangsa hampir 35 tahun akhirnya beliau menamatkan kerjaya keguruan pada hari ini. Melakar sejarah penglibatan beliau sebagai seorang guru telah bermula pada sekitar tahun 1975 di SMK Haji Hassan Yunus selama 11 tahun kemudian ke SMK Tinggi Kluang ( 13 tahun ) dan akhirnya ke Sekolah ini (8 tahun ). Beliau telah di kurniakan anak seramai 5 orang, 3 orang telah berkerja manakala 2 orang masih lagi dalam pengajian iaitu seorang di Universiti Yamagata Jepun dan Martikulasi Rembau, Negeri Sembilan. Berperwatakan yang sungguh sederhana Pn. Rokiah amat di senangi oleh rakan-rakan guru.
Kami di sekolah ini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau. Kami sudah pasti akan merasai kehilangan yang besar, tiada lagi gelak ketawa, tiada lagi senda gurau dan tiada lagi tempat merintih sedih. Selamat bersara Pn. Hjh. Rokiah Seruji semoga sentiasa dilindungi oleh Nya dan diberikan barakah kehidupan dunia dan akhirat.
Kapal dagang kapal berlabuh,
Hendak ke mana pasti bertanya,
Yang patah akan tumbuh,
tetapi sudah pasti tiada samanya.