MAJLIS PELANCARAN MAJALAH KUNTUM
DEWAN TERBUKA SK PEREMPUAN BANDAR 8 OGOS 2010 - Pelancaran majalah KUNTUM peringkat sekolah telah diadakan di sini pada pagi ini. Di wakili seramai 5 orang wakil dari majalah tersebut, seorang wartawan dari akhbar SINAR juga turut hadir di sini bagi merakam peristiwa yang julung kalinya diadakan ini. Tn. Hj. Shaharudin Sharif ( PPD ) Kluang yang turut hadir telah merasmikan pelancaran majalah tersebut bagi peringkat sekolah. Majlis pelancaran telah dimulakan dengan ucapan Pn. Normala Shamsudin ( Guru Besar ) diikuti dengan ucapan perasmian ( PPD Kluang ) dan di akhiri dengan ucapan dari wakil majalah KUNTUM iaitu En. Hisham. Semua warga sekolah telah diberikan senaskah majalah KUNTUM secara percuma. Semoga dengan pelancaran majalah ini dapat menambahkan lagi bacaan kanak-kanak terutama pelajar-pelajar sekolah ini dan memberikan input yang berguna kepada mereka.